Monday, April 16, 2012

Contest Makeup for Free aka Peraduan Makeover Percuma

Salam~~
Malam-malam ni ketika sibuk membersihkan berus mekap, saya rasa macam nak menyolek orang. Hahaha...Kalau saya anjurkan peraduan / contest berkenaan mekap dan hadiahnya berupa Makeup Session for FREE ataupun Makeover Percuma.. Ke bagi kupon diskaun? Agak-agak ok x? Tajuk dia best x?

Paling best kalau time tu jatuh pulak pada hari anda nak bertunang, bersanding atau prewedding shoot. Dah jimat tu..kan? Tapi harus jugak letak syarat-syarat pertandingan, hadiah-hadiah sampingan yang lain tapi macam tak berapa nak lancar sangat idea ni nak keluar. Sila tinggalkan cadangan bernas di ruangan komen~ tq! :)) ke orang yang tinggalkan cadangan bernas pun harus dapat hadiah jugak?? jeng..jeng..jeng..

saya buka pembentangan cadangan sampai hujung bulan 4 je. sebab bulan 5 nak bagi hadiahnye. bulan 6 da start bz.

*sedikit tepu sebab perut diserang kesakitan akibat keracunan burger*


Sekian~ tq for reading~ <3
MAKEUP BY ASYIKIN

Friday, April 6, 2012

Makeup Datin Najah For Safiyya TV9

Salam.. Bulan lepas dapat job makeup Datin Wohhhh..Najahtul Ilyia, kawan kepada Fatin Liyana untuk shooting sempena Slot Safiyya di TV9 yang InsyaAllah akan ditayangkan pada Ahad, 22 April 2012. Shooting sempena pemilihan Datin selaku Plus Size Model untuk Butik eDast yang bertempat di Serdang. Job ni last minute dapat tau dari adik.  Hmm..bersungguh adik-adik saya bawakkan beg makeup dari Port Dickson ke Serdang sebab waktu tu saya ada di Shah Alam. Tq adik-adikku yang rajin.. hehe.. Ok jom cuci mata sepanjang hari tu.


Solekan yang saya kenakan agak colourfull sesuai dengan karakter Datin. Happy-go-lucky.

Sebelum dan Selepas


Ni aksi tgh kemas beg makeup sebenarnya..tapi pandang kamera..haha..


Inila baju kat Butik eDast. sebab comel saya beli 1. :)

Sebelum balik, tangkap gambar dulu ramai-ramai.

Last sekali attachkan gambar FL with Najah..diambil dari blog Najah. Sweet sgt gambar ni.


Itu je untuk kali ni..Jumpa lagi~

Thanks,
ASYIKIN

Teaser - Makeup Datin untuk Safiyya (TV9)

Makeup Fatin Liyana for Cover Mega (Utusan)

Salam semua~ Anda peminat Fatin Liyana? (Kalau tak kenal blogger yang femes ni sila klik sini. ) atau peminat make-up? kalau peminat saya memang takdelaaaa..haha.. Sebenarnya entry ni sepatutnya post lebih awal tapi dek kerana susahati kalau hasilnya tak seberapa maka saya decide untuk peram dulu. Kalau peram lama sikit lagi je boleh jadi pekasam..erkk..Jadi kimchi sedap sikit. (mentang-mentang Fatin baru balik Korea)

Fatin Liyana orangnya sangatla lemah lembut, comel dan slim! Kulit tiada masalah sangat dan sangat baik hati ok. Thanks Fatin sebab angkat barang mekap akak yg berat itu.. *hugs*

Sebelum dan selepas~


Fatin request makeup yang simple tapi wow.. Photographer Utusan yang nampak muda (walau usia dah nak pencen) komen muka fatin ada sikit iras Tiz Zaqiyah~  Darling hasben dan kawan-kawan saya yg lain pun cakap perkara yang sama. 

 
Fatin in action.




Captured this image masa browse guna hp. Boleh check dekat sisipan Mega (04.04.2012)