Sunday, May 27, 2012

Contest Free Makeover / Peraduan Mekap Percuma


Salam dan selamat pagi~

Saya nak buat CONTEST MEKAP PERCUMA.

Bulan Mei adalah bulan yang bosan tanpa sesi mekap-mekap. Jadi, saya bermurah hati nak memberikan anda peluang untuk makeover percuma sama ada untuk anda ke function, tunang atau sanding..atau mungkin juga sesaja nak photogedik..;) So, jomla join contest ni~


Syarat2 penyertaan :


1. Buat entry bertajuk CONTEST MEKAP PERCUMA. Dalam entry tu jgn lupa link ke entry contest ni ..

2. Upload gambar wajah yang ingin di 'makeoverkan' ..Tak kisah muka anda ke, muka kawan anda ke. yang penting, muka tu la nanti tercalon untuk sesi pemilihan. Letak nama jangan lupa, nama glamer pun diterima. Lepastu sambung ayat ini, 

"Saya teringin nak makeover sebab ........."

3. Perkara wajib! Klik 'LIKE' kat facebook saya dan jadi Follower saya di blog ini.

4. Bole upload juga gaya yang diingini. InsyaAllah saya cuba realisasikan. 

5. Kalau sudah ikut step 1-4 ni, postkan link entry contest anda di ruang comment post ini.

6. Contest bermula pada harini sampai laaaa  ~ 27 MEI 2012

7. Pemenang akan dipilih oleh saya sendiri dan juri-juri profesional saya. 

HADIAHNYA~~

TEMPAT PERTAMA: Satu sesi mekap percuma (menggunakan Produk MAC dan KRYOLAN) dan TAMBAHAN!! Sekiranya photographer saya free, saya angkut sekali dia untuk sesi photoshoot percuma (nasib la yeee ;) )

TEMPAT KEDUA: Voucher Mekap potongan rm50 yang boleh digunapakai sampai hujung tahun ni. Akan tetapi bergantung kepada availability masa saya sendiri.

TEMPAT KETIGA: Satu foundation jenama Naturactor atau Farmasi Cosmetics atau satu set eyeshadow pallette jenama Miss Rose. Boleh pilih~

Apelagi~~ jom la join..

TQ~
-ASYIKIN-

Monday, April 16, 2012

Contest Makeup for Free aka Peraduan Makeover Percuma

Salam~~
Malam-malam ni ketika sibuk membersihkan berus mekap, saya rasa macam nak menyolek orang. Hahaha...Kalau saya anjurkan peraduan / contest berkenaan mekap dan hadiahnya berupa Makeup Session for FREE ataupun Makeover Percuma.. Ke bagi kupon diskaun? Agak-agak ok x? Tajuk dia best x?

Paling best kalau time tu jatuh pulak pada hari anda nak bertunang, bersanding atau prewedding shoot. Dah jimat tu..kan? Tapi harus jugak letak syarat-syarat pertandingan, hadiah-hadiah sampingan yang lain tapi macam tak berapa nak lancar sangat idea ni nak keluar. Sila tinggalkan cadangan bernas di ruangan komen~ tq! :)) ke orang yang tinggalkan cadangan bernas pun harus dapat hadiah jugak?? jeng..jeng..jeng..

saya buka pembentangan cadangan sampai hujung bulan 4 je. sebab bulan 5 nak bagi hadiahnye. bulan 6 da start bz.

*sedikit tepu sebab perut diserang kesakitan akibat keracunan burger*


Sekian~ tq for reading~ <3
MAKEUP BY ASYIKIN

Friday, April 6, 2012

Makeup Datin Najah For Safiyya TV9

Salam.. Bulan lepas dapat job makeup Datin Wohhhh..Najahtul Ilyia, kawan kepada Fatin Liyana untuk shooting sempena Slot Safiyya di TV9 yang InsyaAllah akan ditayangkan pada Ahad, 22 April 2012. Shooting sempena pemilihan Datin selaku Plus Size Model untuk Butik eDast yang bertempat di Serdang. Job ni last minute dapat tau dari adik.  Hmm..bersungguh adik-adik saya bawakkan beg makeup dari Port Dickson ke Serdang sebab waktu tu saya ada di Shah Alam. Tq adik-adikku yang rajin.. hehe.. Ok jom cuci mata sepanjang hari tu.


Solekan yang saya kenakan agak colourfull sesuai dengan karakter Datin. Happy-go-lucky.

Sebelum dan Selepas


Ni aksi tgh kemas beg makeup sebenarnya..tapi pandang kamera..haha..


Inila baju kat Butik eDast. sebab comel saya beli 1. :)

Sebelum balik, tangkap gambar dulu ramai-ramai.

Last sekali attachkan gambar FL with Najah..diambil dari blog Najah. Sweet sgt gambar ni.


Itu je untuk kali ni..Jumpa lagi~

Thanks,
ASYIKIN

Teaser - Makeup Datin untuk Safiyya (TV9)

Makeup Fatin Liyana for Cover Mega (Utusan)

Salam semua~ Anda peminat Fatin Liyana? (Kalau tak kenal blogger yang femes ni sila klik sini. ) atau peminat make-up? kalau peminat saya memang takdelaaaa..haha.. Sebenarnya entry ni sepatutnya post lebih awal tapi dek kerana susahati kalau hasilnya tak seberapa maka saya decide untuk peram dulu. Kalau peram lama sikit lagi je boleh jadi pekasam..erkk..Jadi kimchi sedap sikit. (mentang-mentang Fatin baru balik Korea)

Fatin Liyana orangnya sangatla lemah lembut, comel dan slim! Kulit tiada masalah sangat dan sangat baik hati ok. Thanks Fatin sebab angkat barang mekap akak yg berat itu.. *hugs*

Sebelum dan selepas~


Fatin request makeup yang simple tapi wow.. Photographer Utusan yang nampak muda (walau usia dah nak pencen) komen muka fatin ada sikit iras Tiz Zaqiyah~  Darling hasben dan kawan-kawan saya yg lain pun cakap perkara yang sama. 

 
Fatin in action.




Captured this image masa browse guna hp. Boleh check dekat sisipan Mega (04.04.2012)

Monday, March 12, 2012

Johan Pertandingan Andaman di Karnival Belia Negeri Sembilan~

Salam semua~
Yeay!!~ Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya rezeki dikala saya tak berapa yakin akan kebolehan sendiri. :) Sampai sekarang terbayang-bayang perasaan gembira. Bersyukur sangat bila naik pentas sampai 4 kali terima hadiah. Penghormatan buat saya yang masih amatur..(merendah diri..ehemm...) Berterimakasih juga kepada keluarga yang sangat supportive, penganjur, juri dan rakan seangkatan. Teringat masa mula-mula daftar nak masuk pertandingan, sehari sebelum..masa tulis nama, ada makeup artist (MUA) yang datang mendaftar sama dengan saya..Gulp..tengok pada gaya yang up-to-date, bercakap dengan yakin..terus jadi nerbes..(tetiba!) pastu SMS husband dan adik..Adoiiii..cane nak jadi johan ni..mcm takde peluang je..hahaha..Pastu terus calculate mengikut hukum matematik, kebarangkalian si A mendapat markah tinggi. Saya sampai cakap kat penganjur, saya rasa rendah diri la bila melihat potensi MUA yang lain..ada yang dah 12 tahun, 7 tahun, yang belakang tabir produksi TV pun ada! Saya ni errr kalo ikut logiknya..da 4 tahun. Itupun kejap aktif kejap tak.


Takpela..kalau kalah, da namanya pertandingan. Adatlaaa kan? Masa saya tengah mekap kat atas pentas ada seorang perempuan naik dan komen itu dan ini..Saya layan dengan baik setiap persoalan dia. Sebab saya ingat dia kawan kepada penganjur..Rupa-rupanya, juri! Nasib baik saya tak cakap, "boleh tak saya buat dengan tenang?" Maklumlah nerbes. Atas pentas. First time. Sejam pulak tu. Tapi masa atas pentas takde pulak mc datang tanya soalan dengan microphone. Orang lain ada. Rasa macam tak dipedulikan pulak..haha..



Bagi pertandingan ni, model disediakan. Waktu semua model tengah catwalk, saya dah aim model saya. Kemudian ada rehat kejap sebab dengar azan Asar. Saya pun pegila naik ke surau. Turun je dari surau, semua MUA dah ada model. Pilihan saya tinggal tiga. Model yang saya aim dah diambil orang. Alamak! Akhirnya saya pilih Aida kerana saya lihat mukanya senang untuk saya solek. Cuma bezanya, dia agak berisi dan tegap. (orang badan beruniform katekan..harusla tegap). Paling saya suka adalah senyuman dia.. manis. ni boleh goda juri ni. haha..


Apapun Aida..thank you so much! Kerana menjalankan tanggungjawab meng'goda' juri dengan baik.  Ada hikmahnya. So, pilihan yang kita impikan, tak semestinya yang terbaik. Sebab yang dah ditakdirkan adalah yang lebih baik! Samala kalau bercinta..eh eh eh..terlari tajuk pulak..haha..


Saya sempat bergurau dengan Aida (model). Kita no.7. Kita cangkul semua~ hehe..


Sebenarnya ada kesilapan sewaktu keputusan diumumkan. Saya giliran nombor 7 tapi diumumkan dapat no 7. Masa tu saya pandang Aida dan cakap "alaaaaa dapat no.7." Memang kecewa. Sebab saya bandingkan makeup saya dengan no.6, saya lagi cantik. Mungkin juri ada pandangan sendiri. Tapi masa MC nak umumkan juara bukan main lama lagi.. Saya sempat bergurau dengan peserta yang tak naik lagi, saya cakap..akak naik je atas. cakap akak la pemenangnya.. Pastu lepas dalam 5minit, dia panggil nama saya. Pastu saya dengan Aida secara jujur jerit dari belakang pentas cakap kami da naik untuk no.7. Lepas tu penganjur cakap, TAKKK..AWK LA JUARAAAA.. Kami naik dengan muka blurrr.. :p takut tersalah..malu.. Kemudian untuk kategori MUA Harapan..pun saya dapat..:) Alhamdulillah..tapi saya pulangkan hadiah no.7 dan terpaksa pulangkan hadiah MUA Harapan di belakang pentas untuk diberi kepada orang lain yang diumumkan kemudian.. Kesilapan ini membuatkan kita serba salah..terus ada cakap-cakap belakang tentang saya..adoii..bukan salah saya..salah MC. Kesian kepada akak MUA yang tak naik tu. Terus dia nangis diatas kesilapan pengumuman sbb dia sudah excited dapat no.1. Keesokkannya, saya ditunjukkan dengan senarai keputusan yang ditandatangani 3 juri. Sah sayalah JUARA dan sayalah MUA Harapan. Tapi xmengapa..3x naik ambil hadiah da cukup menggembirakan! :)




Kemudian saya diraikan di Majlis Makan Malam di The Royale Bintang, Seremban.. Bestnyeeee...


Terima kasih semua!~ Jumpa lagi.. :) Have a nice day~


Luv,
Asyikin Make up Artist.

Wednesday, January 4, 2012

Kak Huda's Engagement Day~

 
Before

*gambar terpaksa di crop sebab kak huda tak memakai hijab sewaktu sesi mekap.



After




 






Kak Huda memilih full package untuk majlis tunang:
*mini pelamin
*baju tunang lengkap aksesori
*makeup (no eyebrow trimming)
*Bunga tangan fresh flowers sbg hadiah sbb kak huda baikkkkk sgt!~ (erkk boleh ke alasan gitu?)


Sebelum balik, sempat tangkap gmbar lepas majlis sudah habis. Kira waktu ni sepatutnya kak huda dah tanggal uniform pegi basuh periuk. hehe..mekap tetap utuh walaupun kak huda ada nangis-nangis sikit.


Tahniah Kak Huda.. Selamat menempuh fasa baru.