Monday, March 12, 2012

Johan Pertandingan Andaman di Karnival Belia Negeri Sembilan~

Salam semua~
Yeay!!~ Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya rezeki dikala saya tak berapa yakin akan kebolehan sendiri. :) Sampai sekarang terbayang-bayang perasaan gembira. Bersyukur sangat bila naik pentas sampai 4 kali terima hadiah. Penghormatan buat saya yang masih amatur..(merendah diri..ehemm...) Berterimakasih juga kepada keluarga yang sangat supportive, penganjur, juri dan rakan seangkatan. Teringat masa mula-mula daftar nak masuk pertandingan, sehari sebelum..masa tulis nama, ada makeup artist (MUA) yang datang mendaftar sama dengan saya..Gulp..tengok pada gaya yang up-to-date, bercakap dengan yakin..terus jadi nerbes..(tetiba!) pastu SMS husband dan adik..Adoiiii..cane nak jadi johan ni..mcm takde peluang je..hahaha..Pastu terus calculate mengikut hukum matematik, kebarangkalian si A mendapat markah tinggi. Saya sampai cakap kat penganjur, saya rasa rendah diri la bila melihat potensi MUA yang lain..ada yang dah 12 tahun, 7 tahun, yang belakang tabir produksi TV pun ada! Saya ni errr kalo ikut logiknya..da 4 tahun. Itupun kejap aktif kejap tak.


Takpela..kalau kalah, da namanya pertandingan. Adatlaaa kan? Masa saya tengah mekap kat atas pentas ada seorang perempuan naik dan komen itu dan ini..Saya layan dengan baik setiap persoalan dia. Sebab saya ingat dia kawan kepada penganjur..Rupa-rupanya, juri! Nasib baik saya tak cakap, "boleh tak saya buat dengan tenang?" Maklumlah nerbes. Atas pentas. First time. Sejam pulak tu. Tapi masa atas pentas takde pulak mc datang tanya soalan dengan microphone. Orang lain ada. Rasa macam tak dipedulikan pulak..haha..



Bagi pertandingan ni, model disediakan. Waktu semua model tengah catwalk, saya dah aim model saya. Kemudian ada rehat kejap sebab dengar azan Asar. Saya pun pegila naik ke surau. Turun je dari surau, semua MUA dah ada model. Pilihan saya tinggal tiga. Model yang saya aim dah diambil orang. Alamak! Akhirnya saya pilih Aida kerana saya lihat mukanya senang untuk saya solek. Cuma bezanya, dia agak berisi dan tegap. (orang badan beruniform katekan..harusla tegap). Paling saya suka adalah senyuman dia.. manis. ni boleh goda juri ni. haha..


Apapun Aida..thank you so much! Kerana menjalankan tanggungjawab meng'goda' juri dengan baik.  Ada hikmahnya. So, pilihan yang kita impikan, tak semestinya yang terbaik. Sebab yang dah ditakdirkan adalah yang lebih baik! Samala kalau bercinta..eh eh eh..terlari tajuk pulak..haha..


Saya sempat bergurau dengan Aida (model). Kita no.7. Kita cangkul semua~ hehe..


Sebenarnya ada kesilapan sewaktu keputusan diumumkan. Saya giliran nombor 7 tapi diumumkan dapat no 7. Masa tu saya pandang Aida dan cakap "alaaaaa dapat no.7." Memang kecewa. Sebab saya bandingkan makeup saya dengan no.6, saya lagi cantik. Mungkin juri ada pandangan sendiri. Tapi masa MC nak umumkan juara bukan main lama lagi.. Saya sempat bergurau dengan peserta yang tak naik lagi, saya cakap..akak naik je atas. cakap akak la pemenangnya.. Pastu lepas dalam 5minit, dia panggil nama saya. Pastu saya dengan Aida secara jujur jerit dari belakang pentas cakap kami da naik untuk no.7. Lepas tu penganjur cakap, TAKKK..AWK LA JUARAAAA.. Kami naik dengan muka blurrr.. :p takut tersalah..malu.. Kemudian untuk kategori MUA Harapan..pun saya dapat..:) Alhamdulillah..tapi saya pulangkan hadiah no.7 dan terpaksa pulangkan hadiah MUA Harapan di belakang pentas untuk diberi kepada orang lain yang diumumkan kemudian.. Kesilapan ini membuatkan kita serba salah..terus ada cakap-cakap belakang tentang saya..adoii..bukan salah saya..salah MC. Kesian kepada akak MUA yang tak naik tu. Terus dia nangis diatas kesilapan pengumuman sbb dia sudah excited dapat no.1. Keesokkannya, saya ditunjukkan dengan senarai keputusan yang ditandatangani 3 juri. Sah sayalah JUARA dan sayalah MUA Harapan. Tapi xmengapa..3x naik ambil hadiah da cukup menggembirakan! :)




Kemudian saya diraikan di Majlis Makan Malam di The Royale Bintang, Seremban.. Bestnyeeee...


Terima kasih semua!~ Jumpa lagi.. :) Have a nice day~


Luv,
Asyikin Make up Artist.

No comments:

Post a Comment